Latar belakang Mat Razi Mat Ail

Ustaz Haji Mat Razi mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah dan persuratan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai seorang isteri yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Simpangan, Tumpat dan dikurnia enam anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

Beliau menjadi guru sejak tahun 1988 bermula di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat selama lapan tahun sebelum dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Perak, kemudian kembali mengajar di Kelantan tahun 2003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli. Selepas itu pada tahun 2008, Mat Razi ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat sebagai Guru Pemeriksa Sejarah.[1]